logo

First Mount Kinabalu Dart Open Championship 2001

Main Page        Contest Info         Sponsorship         Register

.

FORMAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan secara bergu (double event) mengikut kumpulan dan acara perseorangan (single event) yang dianjurkan oleh HOTEL PERKASA MT. KINABALU, Kundasang, Ranau
  2. Kutipan mata mengikut "aggregate" (menang dan balas) pemenang diberikan 1 mata.
  3. Jika terdapat pasukan yang seri selepas perlawanan liga (round-robin) tamat, penentuan akan dibuat melalui satu perlawanan secara "TIE BREAKER" IAITU 501 x 1.
  4. Tiada pemain gantian dalam satu perlawanan / pasukan.
  5. Pertandingan secara liga (round-robin) dalam pusingan awal dan kalah mati (knock-out) untuk pusingan seterusnya. Dua pasukan / perseorangan (team / single) teratas akan layak ke pusingan seterusnya.
  6. Dua orang pemain sahaja yang dibenarkan dalam setiap pasukan – (lelaki / wanita).
  7. Perlawanan awal secara liga dalam kumpulan separti format berikut-;

PUSINGAN DOUBLE SINGLE

Awal                  501 x 5 501 x 5

Kedua               501 x 5 501 x 5

Suku Akhir        501 x 5 501 x 5

Separuh Akhir 501 x 7 501 x 7

Akhir                 501 x 9 501 x 9

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

  1. Tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Malaysia Dart Federation (MDF) yang telah diterima pakai.
  2. Sebarang masalah setiap perlawanan akan diputuskan oleh pihak penganjur dan Ketua Pasukan yang terlibat sahaja.
  3. Sebarang kecederaan semasa pertandingan pihak penganjur tidak bertanggungjawab.
  4. Tidak dibenarkan mengganggu pemain yang sedang melakukan lontaran dengan membuat bunyi bising. Jika berlaku (pemain atau penyokong) pihak peganjur berhak menyingkirkan yang terlibat dari mengikuti perlawanan atau pertandingan.
  5. Pakaian hendaklah kemas semasa pertandingan dan tidak dibenarkan memakai seluar Blue Jeans, Kemeja-T tanpa kolar, selipar, sandal, topi dan sebagainya
  6. Pemain / Penyokong dilarang merokok semasa pertandingan atau dalam kawasan pertandingan. Jika didapati, pihak penganjur berhak menyingkirkan pemain berkenaan.
  7. Bantahan bertulis boleh dikemukakan dan nilai setiap bantahan ialah RM100.00
  8. Sebarang keputusan yang dikemukakan oleh pengadil adalah muktamad.
  9. Lain-lain peraturan dan undang-undang tambahan akan dikemukakan oleh pihak penganjur jika difikirkan perlu.

PROSEDUR PERTANDINGAN

  1. Taklimat kepada kesemua pemain atau ketua pasukan akan diadakan sehari atau sebelum pertandingan diadakan.
  2. Pemain / Pasukan dikehendaki berada di dalam tempat pertandingan seawal 15 minit sebelum pertandingan dimulakan. Jika didapati tidak hadir dalam masa diberikan pemain / pasukan akan dikira kalah.
  3. Pemain hanya dibenarkan membuat lontaran latihan (warming up) di board yang disediakan.
  4. Pemain hanya dibenarkan membuat latihan lontaran 9 kali sebelum perlawanan dimulakan.
  5. Pengadil pertandingan atau Chalker mestilah dari pasukan menang atau yang dilantik oleh penganjur.
  6. Lain-lain prosidur tambahan akan dimaklumkan oleh pihak penganjur sekiranya perlu.

Pertanyaan:

Untuk keterangan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Encik Fred Vincent – 016 8380903/088 246166 (OFF) E-Mail fred@ids.org.my

Encik Daidi Sumpit – 016 8445837/ E-mail gidimy@Hotmail.com

Encik Michael Wong – 088 889511/2/3/4/5 (Perkasa Hotel) Fax No. 889101

Puan Juliana Liduin – 088 239511/214142/214149 (Perkasa Hotel Sales Off K.K) Fax No. 239900

.

Hosted at e-borneo.com

Copyright © 2001. Sabah Amatuer Darts Association (SADA). All Rights Reserved.